Monday, March 13, 2017

KRU Arbitor Kejohanan Catur KUSESS 2017 Edisi Ke 5

Kru arbitor Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2017 adalah seperti dalam foto berikut bersama Tuan Pengetua KUSESS (SM Sains Kuala Selangor).

Kru Arbitor KUSESS Chess Open 2017

Dua orang alumni KUSESS merupakan sebahagian daripada kru. Mereka adalah Noor Azam Mohd Noor dan Nur Najiha Azman Hisham. Mereka berdua merupakan alumni 2012 - 2016 dan sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang dijangka keluar pada 16/3/2017.

Pemenang Utama Catur KUSESS 2017


Isnin, 13/3/2017

Kejohanan Catur KUSESS 2017 baharu sahaja selesai semalam. Kejohanan dua hari itu telah diadakan di Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

ACARA INDIVIDU

Acara Individu telah berlansung pada hari pertama iaitu Sabtu, 11/3/2017. Seramai 162 pemain telah menyertai acara Individu Bawah 12 Tahun (B12). Manakala acara Individu Bawah 18 Tahun (U18) pula telah disertai oleh 533 orang. Ini bermakna, seramai 695 pemain catur dari lebih 50 buah sekolah dari seluruh negara telah menyertai Acara Individu Kejohanan Catur KUSESS 2017. Siapakah yang muncul sebagai juara bagi setiap kategori?

Keputusan penuh bagi acara Individu boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18



ACARA BERPASUKAN

Acara Berpasukan pula telah diadakan pada hari Ahad, 12/3/2017. Sebanyak 34 pasukan telah bersaing dalam acara B12 manakala sebanyak 145 pasukan pula bertanding bagi kategori B18. Secara matematiknya, seramai 716 (34 x 4 + 145 x 4) pemain catur telah menyertai Acara Berpasukan di Kejohanan Catur KUSESS 2017. Pasukan manakah yang telah menjadi juara dan menjadi pemenang utama?

Keputusan penuh bagi acara Berpasukan boleh dicapai di URL berikut:

Acara B12

Acara B18


Pemenang Utama Acara Berpasukan B12

Pemenang Utama Acara Berpasukan B18


Saturday, March 11, 2017

KEJOHANAN CATUR KUSESS 2017 Edisi Ke 5

Chess Score keepers yang berjaya :)

                                                      Perlawanan sedang berlansung

Para peserta CATUR KUSESS Edisi 2017


Para petugas penuh semangat sebelum kejohanan bermula
                                               
             

Kesimpulannya, kita mestilah tekun ketika melakukan sesuatu perkara agar kita berjaya memperoleh keputusan yang terbaik

Sebahagian krew Catur KUSESS 2017

Kuaaaaalaaaaaa Selaaaaaangor Peach y'all