Monday, May 30, 2016

Pemenang Top 15 Acara Berpasukan Sekolah Menengah


Sebanyak 130 pasukan telah menyertai acara Berpasukan dalam Kejohanan Catur KUSESS 2016. Mereka telah bertarung dalam tujuh pusingan. Setiap pasukan disertai oleh empat orang pemain. Pasukan ranking kedua, KUSESS BERLIAN, merupakan penyandang juara untuk ketiga-tiga edisi sebelumnya. 

Juara - KUSESS BERLIAN, Selangor
(dari kiri) Ikhmal Hisham, Puteri Rifqah Fahada, Noor Azam & Nur Najiha

Berikut adalah keputusan pemenang Top 15 bagi acara Berpasukan Sekolah Menengah.

Pemenang Top 15 Acara Berpasukan Sekolah Mnenegah
Klik di sini untuk keputusan penuh
Naib Johan - SEMASHUR 1, Selangor

Ketiga - SM Persendirian Chong Hwa

Keempat - SAS 1, Putrajaya

Kelima - SMK SBU 1, KL

Keenam - SM Sains Faris A, Kelantan

Ketujuh - SUPERB

Kelapan - SAS 2, Putrajaya

Kesembilan - KISAS A, Selangor

Kesepuluh - SDAR 1, Negeri Sembilan
Kesebelas - SMK Buyong Adil, Perak

Kedua belas - SMK SBU 2, KL

Ketiga belas - SM Sains Lahad Datu B, Sabah

Keempat belas - SBPI Selandar

Kelima belas - SMK Hillcrest 1, Selangor

Friday, May 27, 2016

Bersama Ayahanda Tuan Pengetua ..


Ayahanda Tuan Pengetua KUSESS
Tuan Mohd Shahadan Abd Rahman

Berkat kepimpinan dan wawasan Tuan Shahadan, Pengetua SMS Kuala Selangor, bersama kegigihan dan kerjasama seluruh warga KUSESS, Kejohanan Catur KUSESS 2016 telah dapat dijayakan dengan sambutan yang amat luar biasa dan meriah sekali. Feedback yang sangat positif dan memberansangkan dari kalangan ibubapa, jurulatih dan guru pengiring. 

Ayahanda Tuan Pengetua di meja arbitor

Ayahanda Tuan Pengetua di atas podium Dewan Prima

wefie bersama Ayahanda Tuan Pengetua
wajah ceria peserta wefie bersama Ayahanda Pengetua KUSESS


Ayahanda Tuan Pengetua bersama Ketua Arbitor
SYABAS dan TAHNIAH kepada Pengetua SM Sains Kuala Selangor, Tuan Mohd Shahadan Abd Rahman dan seluruh warga KUSESS!

Jumlah Peserta Kejohanan


Statistik Peserta

Jika anda ingin tahu berapa ramai peserta yang hadir menyertai Kejohanan Catur KUSESS 2016, statistik di atas dari ketua arbitor, Encik Azhar Mohd Said, ada jawapannya. Jumlah peserta tidak termasuk dengan peserta yang tidak bermain sehingga ke akhir pusingan iaitu seramai 71 orang.

Seramai 745 pemain telah menyertai acara Individu yang diadakan pada hari Sabtu, 21/5/2016. Daripada jumlah tersebut, seramai 540 pemain adalah dari kategori Sekolah Menengah atau Bawah 18 Tahun. Manakala, katagori Sekolah Rendah atau Bawah 12 Tahun pula berjaya menarai seramai 205 orang peserta. 

Bagi acara Berpasukan pula, jumlah peserta bagi kedua-dua kategori adalah seramai 664 orang. Penurunan jumlah yang ketara bagi kategori Sekolah Rendah iaitu sebanyak 61 orang, Bagi kategori Sekolah Menengah, sebanyak 130 pasukan telah mengambil bahagian. 

Semoga jumlah penyertaan akan semakin bertambah dalam edisi akan datang. Semoga lebih ramai sekolah yang mengambil serius tentang sukan catur yang sangat banyak faedahnya.

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK SEKOLAH!


Thursday, May 26, 2016

Keputusan Penuh Acara Berpasukan - Ahad 22/5/2016

Khamis, 26/5/2016

Acara Berpasukan Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2016 telah berlansung dengan jayanya pada hari Ahad 22/5/2016. 

Untuk keputusan penuh kejohanan sila klik link di bawah.

Kategori Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun)


Kategori Sekolah Rendah (Bawah 12 Tahun)

Monday, May 23, 2016

Pembukaan Catur KUSESS 2016

Sabtu, 21/5/2016, 9:13am

Banner
Kejohanan Catur KUSESS 2016 telah diadakan pada hari Sabtu (21/5/2016) dan Ahad (22/5/2016). Kejohanan edisi ke-4 ini telah berjaya menarik kira-kira 750 peserta dalam acara Individu dan 168 pasukan dalam acara Berpasukan. Setiap pasukan sekolah diwakili oleh empat orang pemain. Ini bermakna seramai 672 orang peserta bagi acara ini.

Briefing oleh ketua arbitor
Acara Individu Sekolah Rendah
Acara Individu Sekolah Rendah (Bawah 12 Tahun). telah disertai oleh seramai 205 orang pemain. Cheah Kah Hoe dari Sekolah Seri Kuala Lumpur merupakan pemain pilihan utama dengan rating kebangsaan terkini 1735.

Manakala, acara Individu Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun) pula telah disertai oleh hampir 550 orang pemain. Pemain pilihan utama adalah Ng Jen Sheng, pelajar Sekolah Wesley Methodist. Di antara pemain-pemain dari KUSESS yang bakal memberi cabaran kepada beliau adalah Nur Najiha Azman Hisham, Puteri Rifqah Fahada Azhar dan Muhd Noor Azam Mohd Noor.

Tuan Pengetua KUSESS
Setelah Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS), Tuan Mohd Shahadan Abd Rahman, memberi kata-kata aluan dan Ketua Arbitor, Encik Azhar Mohd Said, memberi taklimat, pusingan pertama kejohanan pun dimulakan.

Kategori Sekolah Menengah
Atas Podium

Kategori Sekolah Menengah
Seksyen Kiri Dewan Prima

Kategori Sekolah Menengah
Seksyen Kanan Dewan Prima

Ibubapa dan guru pengiring

Anak Gemilang KUSESS
Sebahagian Krew Catur KUSESS 2016

Keputusan Penuh Acara Individu - Sabtu 21/5/2016


Ahad, 22/5/2016

Acara Individu Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2016 telah berlansung dengan jayanya semalam. 

Untuk keputusan kejohanan sila klik link di bawah.

Kategori Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun)


Kategori Sekolah Rendah (Bawah 12 Tahun)

Sunday, May 15, 2016

KUSESS Open Edisi Keempat 2016


Tinggal seminggu lagi Kejohanan Catur Terbuka KUSESS Edisi Keempat akan berlansung di Dewan Prima, SM Sains Kuala Selangor akan berlansung. Dijangka lebih seratus pasukan akan menyertai di kejohanan ini dalam dua kategori iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Manakala dalam acara Individu pula, lebih 500 peserta telah mendaftar. 

Pasukan sekolah manakah yang bakal bergelar juara dalam acara Berpasukan pada edisi kali ini? Siapakah yang bakal menjuarai acara Individu? 

Semua ini akan terjawab minggu hadapan.

Acara Berpasukan KUSESS Open Edisi Ke-3 2015
Di bawah, info penting berkenaan Kejohanan Catur Terbuka KUSESS 2016 Edisi Ke-4.

Info Penting