Monday, May 23, 2016

Pembukaan Catur KUSESS 2016

Sabtu, 21/5/2016, 9:13am

Banner
Kejohanan Catur KUSESS 2016 telah diadakan pada hari Sabtu (21/5/2016) dan Ahad (22/5/2016). Kejohanan edisi ke-4 ini telah berjaya menarik kira-kira 750 peserta dalam acara Individu dan 168 pasukan dalam acara Berpasukan. Setiap pasukan sekolah diwakili oleh empat orang pemain. Ini bermakna seramai 672 orang peserta bagi acara ini.

Briefing oleh ketua arbitor
Acara Individu Sekolah Rendah
Acara Individu Sekolah Rendah (Bawah 12 Tahun). telah disertai oleh seramai 205 orang pemain. Cheah Kah Hoe dari Sekolah Seri Kuala Lumpur merupakan pemain pilihan utama dengan rating kebangsaan terkini 1735.

Manakala, acara Individu Sekolah Menengah (Bawah 18 Tahun) pula telah disertai oleh hampir 550 orang pemain. Pemain pilihan utama adalah Ng Jen Sheng, pelajar Sekolah Wesley Methodist. Di antara pemain-pemain dari KUSESS yang bakal memberi cabaran kepada beliau adalah Nur Najiha Azman Hisham, Puteri Rifqah Fahada Azhar dan Muhd Noor Azam Mohd Noor.

Tuan Pengetua KUSESS
Setelah Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS), Tuan Mohd Shahadan Abd Rahman, memberi kata-kata aluan dan Ketua Arbitor, Encik Azhar Mohd Said, memberi taklimat, pusingan pertama kejohanan pun dimulakan.

Kategori Sekolah Menengah
Atas Podium

Kategori Sekolah Menengah
Seksyen Kiri Dewan Prima

Kategori Sekolah Menengah
Seksyen Kanan Dewan Prima

Ibubapa dan guru pengiring

Anak Gemilang KUSESS
Sebahagian Krew Catur KUSESS 2016

No comments:

Post a Comment